Soal Jawab ICT
Soalan
Saya mempunyai masalah dengan windows XP SP2 saya semasa saya menggunakan internet, ada mesej “You may be a victim of software counterfeiting. this copy of windows did not pass genuine windows validation” keluar di skrin komputer saya. saya tidak tahu macam mana nak betulkan masalah ini.
Jawapan
Ini timbul kerana PC anda telah install update daripada Microsoft iaitu KB905474 yang akan membuatkan WGA (Windows Genuine Advantage) muncul walaupun windows anda adalah yang asal mahupun yang cetak rompak. Malah WGA ini boleh memadamkan PC anda. Yang anda boleh lakukan ialah menggunakan RemoveWGA 1.2 yang anda boleh muat turun daripada http://www.softpedia.com/progDownload/RemoveWGA-Download-42782.html untuk membuang install update tersebut.
Soalan
Saya baru menggunakan anti virus Kaspersky. Bila saya scan storan pendrive USB, Kaspersky menunjukkan ada virus dalam pendrive USB saya, jadi bagaimana saya hendak menghapuskan virus itu.
Jawapan
Anda boleh dapatkan antivirus untuk USB iaitu USB Virus Scan yang boleh dimuat turun dari httpL//www.usbvirus.com atau Claimwin Portable dari http://www/portableapps.com iaitu perisian antivirus yang boleh anda muatkan dalam pendrive@thumbdrive.
Soalan
Bagaimana nak kunci fail yang ada dalam disc CD/DVD dan thumbdrive/pendrive supaya tidak dapat di’copy’ atau ‘burn’? Saya nak melindungi data-data penting saya supaya tidak dicetak rompak oleh orang lain.
Jawapan
Anda boleh mencuba Software (www.softwar-protect.com) untuk perlindungan CD/DVD. Manakala untuk thumbdrive anda boleh mencuba Encryption Shield (http://www.encryptionshield.com).