Home / Unit Rekod Perubatan


UNIT REKOD PERUBATAN

  

    

PN. SITI SUHANA BT. MUSTAFAR

              KETUA UNIT

FUNGSI

Untuk menerima dan menyimpan Rekod Perubatan pesakit, menguruskan koleksi, kompailasi dan agregate data serta membekalkan statistik dan maklumat perawatan pesakit kepada pengurusan, JKNK dan IDS (KKM).

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan ini bertanggungjawab dalam : -

1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit -Mengurus, memfail, mengesan, menyusun dan menyimpan rekod perubatan Pesakit.-Rekod Perubatan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar (Kes Medico legal) 

2. Pengurusan Laporan Perubatan -Laporan Perubatan Biasa dan Pakar-Laporan Bedah Siasat 

3. Pengurusan Filem X-Ray - Penyimpanan filem x-ray untuk tahun 2007 dan tahun ke hadapan. 

4. Pengurusan data-data dan menyediakan laporan statistic dari HMIS/SMRP (Sistem Maklumat Rawatan Pesakit) 

5. Pengurusan Kes Saman Hospital 

6. Pengkodan Penyakit dengan mengunakan ICD 10 

7. Sekretariat bagi aktiviti QAP seperti “National Indicator Approch”(NIA), Key “Performance Indicator( KPI)”.  

8. Sekretariat bagi Penyediaan Spesifikasi Output bagi setiap Jabatan/Unit. 

9. Sekretariat bagi Lembaga Perubatan dan Jemaah Doktor PERKESO.  

10. Sekretariat bagi pelupusan Rekod Perubatan Pesakit.  

11. Sekretariat bagi pendaftaran Orang Kurang Upaya

OPERASI

Beroperasi mengikut Waktu Bekerja Berperingkat :-

  1. WP1 – 7.30 pagi -4.30 petang (Ahad- Rabu)
7.30pagi -3.00petang (Khamis)
  1. WP2 – 8.00 pagi -5.00 petang (Ahad- Rabu)
8.00 pagi -3.30 petang (Khamis)
  1. WP3 – 8.30 pagi -5.30 petang (Ahad- Rabu)
8.30 pagi -4.00 petang (Khamis)

POLISI

  1. Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Rekod Perubatan Pesakit dengan selamat dan penuh kerahsiaan sepanjang masa.
  2. Unit Rekod Perubatan terutama di kawasan simpanan rekod Perubatan Pesakit adalah kawasan Larangan kecuali anggota Unit Rekod dan yang telah mendapat keizinan sahaja.
  3. Rekod perubatan tidak boleh dibawa keluar dari HRPZ II kecuali atas sepina Mahkamah.
  4. Keperluan data statistik atau maklumat berkaitan Rekod pesakit untuk tujuan pembelajaran/kajian perlu mendapat kelulusan dari pengarah HRPZ II.
  5. Semua kakitangan yang bertugas di Unit Rekod Perubatan perlu menandatangani 'Confidential Act' .
  6. Rekod Perubatan Pesakit mestilah diserahkan kepada Unit Rekod dalam tempoh 72 jam selepas pesakit discaj dari wad.
  7. Penyediaan Laporan Perubatan Pesakit adalah dalam tempoh 4 minggu dari tarikh lengkap.
  8. Semua Permohonan untuk penyediaan Laporan Perubatan mestilah melalui Unit Rekod Perubatan.
  9. Semua maklumat /data statistik tidak boleh didedahkan kepada ‘public’ tanpa kebenaran pengarah hospital.
  10. Rekod Perubatan yang dipinjam mestilah dikembalikan dalam tempoh 2 minggu. Lanjutan tempoh mestilah mendapat kelulusan daripada Ketua Unit Rekod.

Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Unit_Rekod_Perubatan