Home / Unit Pentadbiran


UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

                                    Cik Rosniah   

                    CIK ROSNIAH BT. ABU BAKAR
PENOLONG PENGARAH (UNIT KHIDMAT PENGURUSAN)
           PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK  

PENGENALAN

Unit Khidmat Pengurusan bertanggungjawab menguruskan hal-hal Pentadbiran Am, .Kawalan Keselamatan. Perhubungan Awam & Pengurusan Khidmat Pelanggan,  Hal Ehwal Islam, Pengurusan Kuarters & asrama, Pengurusan Stor Alatulis, Pembekalan Pakaian Seragam, Pengurusan Kenderaan Jabatan serta penglibatan pengurusan bagi Program-program Peringkat Negeri/ Kebangsaan (tidak berkaitan perubatan) di Peringkat Jabatan.

OBJEKTIF

Menyediakan khidmat pentadbiran yang cekap, teratur dan berkesan serta memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan peraturan dan pekeliling yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

Pentadbiran Am

·       Menguruskan surat-menyurat rasmi jabatan

·       Menguruskan fail-fail am Jabatan

·       Menguruskan kaunter pengurusan

·       Mengurus dan memantau kad perakam waktu

·       Urusetia Mesyuarat Ketua Jabatan/Unit serta mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan

·       Menguruskan tempahan penggunaan Bilik Mesyuarat dan Ruang Gunasama  (Auditorium/Bilik Seminar)

·       Menguruskan permohonan talian telefon pejabat, mesin faks dan telefon bimbit pegawai

·       Urusetia Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital

·       Menguruskan permohonan penyewaan ruang pejabat dan premis demis

·       Menguruskan pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kebesaran  serta rombongan perubatan Haji ke Mekah

·       Menguruskan permohonan menduduki kuarters dan asrama kakitangan

·       Menguruskan stor alatulis dan bekalan pakaian seragam

·       Menguruskan pengangkutan barang-barang anggota yang hendak bertukar  ke seberang laut

·       Menguruskan Kuarters dan Asrama

·       Menguruskan permohonan penggunaan kenderaan rasmi Jabatan

·       Menguruskan kenderaan rasmi pegawai Gred Khas

Perhubungan Awam

  • Pengurusan Perhubungan Media
  • Pengurusan Khidmat Pelanggan/Kaunter Aduan/ Pusat Panggilan Setempat
  • Pengurusan Aduan/Cadangan/Penghargaan
  • Menguruskan lawatan Rasmi  diperingkat  Jabatan melibatkan lawatan pembesar/ pengurusan tertinggi di Peringkat Jabatan/ Agensi /Negeri /Kebangsaan
 

Keselamatan

·    Menguruskan prosedur dan perlaksanaan dalam semua aspek Keselamatan, Perlindungan dan  Kebakaran

·    Menguruskan kad pengenalan Jabatan, pas pelawat dan pas keselamatan kepada kontraktor

·    Pemantauan dan kawalselia tempat letak kenderaan

·    Tapisan Keselamatan Jabatan

Hal Ehwal Islam

  • Program-program pemantapan Rohani dan sahsiah yang mengangkat konsep Hospital Mesra Ibadah
  • Kaunseling dan lawatan pesakit
  • Pengurusan kelengkapan dan kemudahan ibadah di Surau-surau Jabatan/wad
  • Program-program penerapan budaya dan nilai-nilai keislaman

 


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Unit_Pentadbiran