Home / Unit Pendidikan Pesakit


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT

                             Ali Nordin Ismail 

     EN ALI NORDIN B. ISMAIL

KETUA UNIT PENDIDIKAN PESAKIT

 

 

OBJEKTIF

* Meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan pesakit dan staf melalui pendidikan yang berkesan.

* Menyediakan pesakit serta keluarga mereka dan juga staf dengan pengetahuan pemahaman dan sikap yang betul terhadap penyakit agar mereka dapat memainkan peranan penting dalam pengurusan penyakit mereka

FUNGSI

 * Memberi dan menyediakan perkhidmatan sokongan di dalam aspek pendidikan pesakit kepada semua program dalam perkhidmatan perubatan.

* Merancang, menyelaras, melaksana dan membuat penilaian aktiviti pendidikan pesakit.* Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan yang berkaitan dalam menjalankan aktiviti pendidikan kepada masyarakat.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

* Menasihat dan membantu dalam menyediakan program pendidikan pesakit.

* Membentuk program latihan yang sesuai kepada kakitangan dalam bidang pendidikan pesakit.

* Bertanggungjawab untuk membangun dan memelihara unit sebagai sebuah sumber pendidikan pesakit

* Mengedar dan mencetak risalah, poster dan bahan bercetak yang diterima dari KKM atau dicetak oleh unit Pendidikan sendiri kepada semua bahagian/ jabatan di hospital

* Tempat rujukan bagi penyediaan media pendidikan dan masalah pendidikan pesakit.

Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Unit_Pendidikan_Pesakit