Home / Unit Kualiti (ISO)


UNIT KUALITI (HRPZ II)   

PENGENALAN  

Unit Sekretariat Kualiti mula ditubuhkan tahun 2000 yang mana pada mulanya bertujuan untuk menyelaras perlaksanaan MS ISO dan Akreditasi sahaja. Bermula awal tahun 2001 Sekretariat Kualiti mula berfungsi sepenuhnya iaitu menyelaras kesemua 24 aktiviti Peningkatan Usaha Kualiti dan seterusnya hingga kini merupakan Pusat Rujukan dalam memberi maklumat kepada semua warga Hospital Raja Perempuan Zainab II dan lain - lain Hospital.   

OBJEKTIF: 

1.         Membentuk data asas untuk aktiviti peningkatan kualiti (Quality Improvement) di hospital awam di Malaysia, meneliti kelebihan dan kekurangan aktiviti. 

2.         Mengenalpasti masalah dalam struktur kualiti serta sumber manusia dan mengujudkan langkah-langkah pembaikan untuk program Jaminan Kualiti (QAP) bagi Dasar Baru. 

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KUALITI, HRPZ II

1. Mempengerusikan mesyuarat QAP Hospital Raja Perempuan Zainab II.

2. Mengadakan Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti HRPZ II 2 kali setahun, selaras dengan Management Review Meeting.

3. Mengadakan Konvensyen QAP, KMK, Inovasi peringkat HRPZ II setiap tahun.

4. Merancang latihan / bengkel / kursus untuk anggota semua peringkat pada setiap tahun.

5. Memastikan semua Koordinator Kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti dijalankan.

6. Menyediakan laporan setiap aktiviti dan dibentangkan dalam Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti 2 kali setahun.

7. Membantu dalam penyediaan lapuran serta pengedaran.

8. Membukukan laporan kualiti sebagai Laporan Kualiti HRPZ II

9. Mengawasi, melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

10. Membantu didalam menganalisa, mengenalpasti dan menjalankan penilaian terhadap keberkesanan, kejayaan, kegagalan serta masalah hospital-hospital dalam mencapai standards yang telah ditetapkan.

11. Menyelaras lawatan / kunjungan dari lain-lain jabatan / institusi di seluruh Malaysia.

12. Sebagai ‘Resource Person’ dalam memberi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital berkenaan.

13. Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.

14. Merancang dan mengadakan latihan atau ‘echo training’ untuk semua anggota hospital secara berperingkat berkaitan peningkatan kualiti.

15. Mengedar surat panggilan mesyuarat dan menyediakan minit serta mengedarkannya.

16. Mengendali dan mengurus semua urusan dan aktiviti berkaitan pengoditan dan survey yang dijalankan samada dalaman atau luaran (Hospital-hospital lain).   

17. Menyelaras semua permohonan bagi tujuan pengoditan atau survey dari hospital-hospital lain yang memerlukan bantuan                                                                                                       

HUBUNGI KAMI 

Boleh dihubungi di talian – 09-7452000-4280


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Unit_Kualiti_%28ISO%29