Home / Unit Kesihatan Awam


UNIT KESIHATAN AWAM

DrHasmawati

DR. HASMAWATI BINTI MOHAMAD

KETUA UNIT KESIHATAN AWAM

 

PERUTUSAN KETUA UNIT

Assalamualaikum, Salam Sehati Sejiwa.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya selaku Ketua Unit Kesihatan Awam untuk memberi sepatah dua kata di Laman Web HRPZ II. Unit Kesihatan Awam adalah merupakan salah satu Unit Sokongan Klinikal yang bertanggungjawab kepada kawalan penyakit, keselamatan pekerja dan persekitaran yang kondusif. Walau pun dengan kekuatan anggota yang amat terhad, Unit ini masih boleh berfungsi dan bekerjasama dengan lain-lain jabatan dan unit. Semoga kerjasama ini dapat merealisasikan HRPZ II sebagai Hospital Rujukan dengan mengekalkan Kecemerlangan Kualiti  dan kelangsungan Budaya Korporat.

PENGENALAN UNIT

Unit Kesihatan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2010 di mana Timbalan Pengarah (Pembedahan) bertanggungjawab sebagai Ketua Unit. Unit ini bermula dengan pengwujudan satu jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran GredU32 pada tahun 2003 dan seterusnya penambahan seorang PPKP U29 yang dipinjaman dari PKD Kota Bharu pada tahun 2010. Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan  diwujudkan di bawah UKA pada November 2010 di bawah pengendalian seorang Pegawai Perubatan yang mendapat latihan  secara langsung di NIOSH.

OBJEKTIF

a)      Memastikan laporan penyakit berjangkit dibuat dalam masa yang ditetapkan mengikut perundangan.

b)      Memastikan pekerja mempunyai tahap kesihatan yang optimum.

c)       Memastikan kakitangan, pesakit dan orang awam selamat berada di fasiliti hospital.

d)      Memastikan majikan dan kakitangan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

e)      Memastikan kawasan hospital bebas dari vektor pembawa penyakit.

PERKHIDMATAN DAN KEPAKARAN

a.    Pengurusan kes penyakit-berjangkit di peringkat hospital seperti Notifikasi kes, siasatan kes, pencegahan dan kawalan infeksi serta pemantauan   terhadap penyiasatan dan keputusan makmal.

b.  Memperkemas aktiviti keselamatan pekerjaan dan kesihatan persekitaran seperti Nadopod (Notification of accident, dangerous occurance, occupational poisoning and occupational disease), survelan perubatan pekerja, pemeriksaan kesihatan kakitangan, survelan tusukan alatan tajam, penilaian risiko tempat kerja dan program imunisasi hepatitis B di kalangan kakitangan.

c.     Melaksanakan program kawalan penyakit bawaan vektor seperti  ‘aedes survey’ serta   memantau kawalan LILATIN dan pengurusan sampah.

d.    Memastikan keselamatan dan kualiti makanan di premis makanan hospital

e.    Melaksanakan program kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti   Klinik Berhenti Merokok Penguatkuasaan akta-akta kesihatan awam.

BEBAN TUGAS

Latihan/Taklimat UpDate

Latihan

a.       Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

b.      Kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan

Taklimat

a.       Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

b.      Taklimat Keselamatan dan Kualiti Makanan

c.       Taklimat e-Notifikasi

Pemantauan/Pengumpulan data dan Pelaporan Penyakit Berjangkit

a. Pemantauan dan pelaporan penyakit SaRI, Denggi, H1N1 dan kes dalam Wad Kritikal setiap hari.

b. Menyediakan geraf pemantauan trend kejadian penyakit berjangkit.

c. Pemantauan dan pelaporan penyakit berjangkit melalui sistem e-notifikasi.

d. Pemantauan/Siasatan dan pelaporan kemalangan ditempat kerja dan penyakit pekerjaan.

e. Permantauan/Siasatan dan pelaporan kecederaan akibat tusukan jarum.

f. Pemantauan KPI (Key Performance Index) untuk pemeriksaan kesihatan kakitangan yang berumur 40 tahun dan ke atas.

g. Pemantauan HPIA (Hospital Performance Indicators Accountability) ke atas ketidakpatuhan Safety Audit.

AKTIVITI JABATAN

a. Menerima laporan dan menyiasat kemalangan tempat kerja dikalangan anggota HRPZ II.

b. Memantau sistem pelaporan Penyakit Berjangkit.

c. Menyelaras Medical  Survelan untuk kakitangan yang berisiko kepada Bahan kimia, Radiasi dan Chemotoxic Drug.

d. Memantau kebersihan premis makanan di HRPZ II.

e. Memantau Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di HRPZ II

JADUAL KLINIK

a.       Klinik Berhenti Merokok

Setiap Hari : Ahad, Selasa dan Khamis.

b.      Klinik Pemeriksaan Kesihatan Kakitangan >40 Tahun.

Beroperasi Setiap Hari             

HUBUNGI KAMI

Tel : 09-7452767                : Dr. Hasmawati Bt. Mohamad

Tel : 09-7452765                : Dr. Suhaida Bt. Aney

Tel : 09-7452764                : En. Mohd Sabri Bin Abdul Rahman

Tel : 09-7452768                : En. Tiaw Hok Seng

Email                                     : ukahrpz2@moh.gov.my

 

 

 


 


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Unit_Kesihatan_Awam