Home / Piagam Pelanggan


Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti tanpa mengira umur, keturunan, agama dan taraf sosioekonomi.

2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang terdapat di hospital ini akan dirujuk ke pusat yang sesuai.

3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan hormat dan bersopan-santun.

4. Setiap pesakit akan diberi jaminan dan maruahnya akan dipelihara semasa menerima rawatan.

5. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak-pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang

6. Setiap pesakit berhak mendapat penerangan mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risikonya dan pilihan yang lain.Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk

a. Mematuhi peraturan jabatan

b. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Piagam_Pelanggan