Home / Jabatan Sajian & Dietetik


JABATAN SAJIAN & DIETETIK  

          KJSajian

PN. SURIYATI BT. HJ. ABDUL RAHMAN

Ketua Jabatan Dietetik & Sajian

PERUTUSAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata.

Perkhidmatan dietetik di hospital KKM adalah sebahagian dari khidmat perawatan klinikal yang diberi kepada pelanggan yang mempunyai masalah pemakanan. Khidmat ini diberikan oleh Pegawai Dietetik dengan kelayakan yang diiktiraf termasuklah perkhidmatan konsultasi diet, perkhidmatan sokongan pemakanan (Nutrition Support) dan perkhidmatan pendidikan pemakanan.

Perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit dalam pula dijalankan oleh pasukan pekerja yang terlatih dan berkelayakan. Perkhidmatan penyediaan makanan pesakit akan mengambilkira beberapa aspek keperluan bagi tujuan rawatan berbanding ‘mass catering’ bagi orang ramai. Kumpulan pelanggan di hospital mempunyai masalah kesihatan atau penyakit yang memerlukan sama ada diet normal atau diet terapeutik dan terdapat sesetengah pesakit yang memerlukan preskripsi nutrien khas secara individu.

Diharapkan maklumat yang dikongsi di dalam ruangan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) telah mula beroperasi sejak awal penubuhan HRPZII. Pada 31.08.2008 JDS telah menerima sebuah bangunan baru bersebelahan blok CCP (Central Control Point) HRPZ II, bertujuan melaksanakan sistem penghidangan makanan secara berpusat dan melaksanakan langkah-langkah GMP-HACCP bagi menjamin keselamatan makanan. Secara purata jabatan ini telah menyediakan perkhidmatan sajian makanan kepada kira-kira 1022 orang pesakit sehari termasuk anggota hospital yang layak serta ibu-ibu yang menemani anak di wad.

PERKHIDMATAN YAND DISEDIAKAN

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan dietetik klinikal dijalankan oleh Pegawai Dietetik mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tahun. Perkhidmatan ini terbahagi kepada dua iaitu Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam dan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar. Perkhidmatan dietetic klinikal pesakit dalam dilaksanakan pada setiap hari bekerja (waktu pejabat). Pesakit yang dirujuk akan dilayan berdasarkan criteria urgent dan non-urgent. Kes urgent perlu dilayan dalam tempoh 1 satu hari waktu bekerja selepas dirujuk manakala kes non-urgent perlu dilayan dalam tempoh 2 hari waktu bekerja selepas dirujuk. Manakala bagi Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar pula ia dijalankan pada setiap hari bekerja mengikut waktu yang ditetapkan. Sesi pagi adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 12.45 tengahari manakala sesi petang pula adalah dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.

Kelas Pendidikan Pesakit dan Klinik Integrasi

Terdapat 5 jenis Kelas Pendidikan Pesakit dan 2 jenis Klinik Integrasi yang melibatkan Pegawai Dietetik. 

 

Lawatan Perkhidmatan Dietetik ke Hospital Daerah

Lawatan perkhidmatan dietetik klinikal pesakit dalam dan pesakit luar dijalankan di hospital-hospital daerah yang tiada Pegawai Dietetik seperti Jadual 2.

Jadual 2: Jadual Lawatan Perkhidmatan Dietetik Klinikal ke Hospital Daerah Tahun 2014.

Bil.

Hospital

Kekerapan

1.

Hospital Machang

1 kali/ bulan

2.

Hospital Tengku Anis

1 kali/ bulan

Perkhidmatan Sajian Makanan

Perkhidmatan sajian makanan dijalankan oleh Pembantu Penyediaan Makanan mengikut shif tugasan yang ditetapkan dan diselia oleh Pegawai Penyediaan Makanan dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan. Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan makanan seperti berikut :

   i.      Menyediakan diet kepada pesakit dalam dan anggota hospital yang layak sebanyak 4 hidangan sehari (sarapan pagi/ makan tengahari/ minum petang/ makan malam).                         

 ii.      Membekalkan diet normal dan diet terapeutik kepada pesakit dalam wad mengikut pesanan.

iii.      Membekalkan bahan kering (dry ration) kepada pesakit dalam wad yang tertentu sahaja.

iv.      Membekalkan makanan kepada pegawai perubatan bertugas atas panggilan (on call) dan anggota yang bertugas secara berterusan di dewan bedah.

BEBAN TUGAS

Statistik bilangan pesakit dalam yang mendapat perkhidmatan dietetik tahun 2012, 2013 dan 2014 boleh dilihat dalam Carta 1.

Carta 1: Statistik bilangan pesakit dalam mendapat perkhidmatan dietetik bagi tahun 2012, 2013 dan 2014

 

Statistik Pesakit Dalam Jab Sajian 

Bagi Perkhidmatan Sajian Makanan pula statistic bilangan hidangan makanan pesakit dalam yang disediakan bagi tahun 2014 (number of meals served) dapat dilihat dalam Carta

Statistik Hidangan PD Jab Sajian

JADUAL KLINIK DIETETIK PESAKIT LUAR

Hari

Ahad – Khamis

Masa

8.30am – 1.00pm

Tempat

Klinik Dietetik Pesakit Luar, Aras 1, Bangunan Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II


HUBUNGI

No. Telefon Kaunter :  09-7452500

 


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Jabatan_Sajian_%26_Dietetik