Home / Jabatan Psikiatri


 JABATAN PSIKIATRI

 

                              DrArif 

           DR. MOHD ARIFF B. MOHD. NOOR
KETUA JABATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL
       PEG. PAKAR PERUBATAN PSIKIATRI 

 

 

PENGENALAN 

Pada asalnya jabatan ini dikenali sebagai Unit Perubatan Jiwa Hospital Kota Bharu.

Seiring dengan peredaran masa, Unit Perubatan Jiwa pula ditukar kepada Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HRPZII, Kota Bharu, Kelantan.

Mula ditubuhkan pada Tahun 1952 sebagai tempat penginapan sementara pesakit sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor.

 

Pada masa ini Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HRPZII mempunyai:-

1. Klinik Pesakit Luar (Psikiatri)

2. Wad A (Lelaki)

3. Wad D (Lelaki)

4. Wad E (Lelaki)

5. Wad F (Lelaki)

6. Wad B (Perempuan)

7. Wad C (Perempuan)

8. Unit Komuniti

9. Unit Pemulihan CaraKerja

10. Unit Kaunselor

11. Unit Kerja Sosial Perubatan

Buat masa sekarang Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HRPZII, Kota Bharu menyediakan perkhidmatan berasaskan hospital bagi perawatan dan terus berkembang kepada perkhidmatan komuniti dimana pesakit dapat meneruskan rawatan didalam komuniti terdekat ditempat tinggal masing masing. Setakat ini Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HRPZII menerima rujukan dari seluruh Negeri Kelantan dan kawasan utara Terengganu.

Objektif Jabatan

A. Mempromosikan Kesihatan Mental yang baik, menyediakan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang mengidap Penyakit Mental.

B. Memberi khidmat saringan dan detoksifikasi dadah kepada mereka yang telah menyalahgunakan dadah.

C. Penilaian terhadap kes kes yang dirujuk oleh mahkamah.

D. Menyediakan Latihan Klinikal kepada kakitangan profesional kesihatan mental, pelajar pelajar perubatan dan lepasan siswazah.

E. Menyediakan perkhidmatan berkualiti – perkhidmatan beretika, penyayang dan profesional.

 

Visi Jabatan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HRPZII akan menjadi pusat rundingan rawatan, pemulihan latihan dan penyelidikan psikiatri yang terunggul dan terkenal diperingkat kebangsaan dan antarabangsa kerana hasil perkhidmatan, latihan dan penyelidikan yang bermutu tinggi kepada semua pelanggan kami.

 

Misi Jabatan

Kami berusaha menyediakan perkhidmatan rundingan dan rawatan pemulihan psikiatri yang bermutu tinggi kepada semua lapisan masyarakat.

Aktiviti Jabatan :

·         Menerima dan Merawat Pesakit Dalam Psikiatri.

·         Menerima dan Merawat Pesakit Luar Psikiatri.

·         Menyediakan Perkhidmatan Saringan Pesakit Luar Dadah.

·         Menyediakan Pendidikan Kesihatan Untuk Pesakit dan Waris.

·         Menyediakan Perkhidmatan Komuniti dan Penghantaran Pesakit.

·         Perkhidmatan Kaunseling Kepada Pesakit dan Waris.

·         Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit.

·         Perkhidmatan Lawatan Pakar Perubatan Psikiatri Ke Seluruh Hospital Daerah Di Kelantan.

·         Perkhidmatan Rawatan Terapi Gantian Methadone.

·         Kumpulan Sokongan Keluarga


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Jabatan_Psikiatri