Home / Jabatan Perubatan


JABATAN PERUBATAN

 

                 

     DR. MAT ZUKI BIN MAT JAEB

     KETUA JABATAN PERUBATAN

     PEGAWAI PAKAR PERUBATAN 

Pengenalan

Jabatan Perubatan merupakan  pusat rujukan (tertiary referral centre) bagi rawatan kepakaran dalam bidang perubatan am dan khusus untuk semua Pusat Kesihatan, Hospital Daerah dan Pengamal Perubatan Persendirian dari Kelantan dan Utara Terengganu. 

Merupakan Jabatan terbesar di HRPZ II dengan jumlah katil sebanyak 238 buah dan merangkumi beberapa unit subspecilaiti didalamnya. Kekuatan anggota seramai 386 orang terdiri dari pelbagai lapisan dari Pengurusan tertinggi JUSA B, C sehinggalah kepada anggota sokongan.

VISI

Jabatan Perubatan sebagai Jabatan yang memberi perkhidmatan kepakaran perubatan yang berkualiti, efisen dan saksama memenuhi kehendak pelanggan.

MISI

Memberi perkhidmatan dan perawatan kepakaran perubatan yang komprehensif, inovatif dan efektif berlandaskan sumber perawatan semasa berteraskan sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.

OBJEKTIF

Menjadikan Jabatan Perubatan sebagai pusat rujukan tertiary yang berkualiti, inovatif dan bertaraf professional standing dengan arus perkembangan perubatan dan teknologi terkini.

Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan prihatin terhadap pesakit dengan memberi  perawatan berkualiti tinggi dan efisen yang menepati kehendak dan keperluan pelanggan. Mewujudkan penglibatan dan penyertaan individu dan masyarakat ke arah peningkatan mutu penjagaan kesihatan.

FUNGSI  PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan pembelajaran kesihatan, panduan praktikal  dan kaunseling kepada pesakit dan waris dan bersedia untuk membantu lain-lain agensi untuk meningkat taraf kesihatan. 
  2.  Merangsang anggota Jabatan untuk menghadiri kursus, bengkel, seminar dan latihan-latihan lain bagi meningkatkan pengetahuan  dan mampu bertugas bagi mencapai sasaran. 
  3.  Mengamalkan sikap positif dengan cara penyayang dan budi pekerti yang baik, sentiasa memberi pertolongan, peka dan bertanggungjawab serta boleh dipercayai, jujur dan ikhlas supaya mencapai matlamat. 
  4.  Jabatan Perubatan akan menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rawatan awal yang berkesan serta mengamalkan nilai-nilai budaya korporat. Berusaha meningkatkan penggunaan infrastruktur dan sumber tenaga secara optimal serta mempertingkatkan mutu dan keupayaan pentadbiran dan pengurusan jabatan dan merangsang segala aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan bagi memantapkan fungsi jabatan.  

Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan

Pada amnya perkhidmatan yang ditawarkan di Jabatan Perubatan adalah seperti berikut:-  

1.       Perubatan Am
2.       Sub Kepakaran Infectious Disease
3.       Sub Kepakaran Kardiologi
4.       Sub Kepakaran Gastroenterologi
5.       Sub Kepakaran  Respiratori                         
6.       Sub Kepakaran Nefrologi                                                             
7.       Sub Kepakaran Haematologi   
8.     Sub Kepakaran Neurologi
9.    Sub Kepakaran Rheumatologi                    

KLINIK DAN UNIT                    

 I.            KLINIK PAKAR PERUBATAN                 
II.            KLINIK PAKAR RESPIRATORI               
 III.            UNIT  HEAMODIALISIS               
IV.            UNIT ENDOSKOPI                 
V.            UNIT MAKMAL KLINIKAL PERUBATAN               
VI.            UNIT NEUROFISIOLOGI             
VII.            PUSAT SUMBER DIABETES           
VIII.            UNIT ID (PENYAKIT BERJANGKIT)  

WAD WAD PERUBATAN.                       

 I.            WAD 6                       
II.            WAD 8                  
III.          WAD 8 (PANGLIMA)                 Bangunan lama.                  
IV.          WAD 9                    
V.            WAD 10                   
VI.          WAD PUTERI                
VII.         WAD CCU/CRW              
VIII.        WAD TEMENGGONG                Banguan Fasa II                  
IX.           WAD MAHSURI                    
X.            WAD BENDAHARA 
 Waktu rawatan dan /Jadual Klinik 

MASA

HARI KLINIK

 08.00PAGI –01.00TGH 

02.00PTG – 05.00PTG

 AHAD KLINIK PERUBATAN AMKLINIK PENYAKIT BERJANGKITKLINIK KARDIOLOGI
  ISNIN KLINIK KARDIOLOGIKLINIK 1 DIABETES / ENDOKRINOLOGIKLINIK GASTROENTEROLOGIKLINIK RHEUMATOLOGI
  SELASA KLINIK PERUBATAN AMKLINIK PENYAKIT BERJANGKITKLINIK NEFROLOGIKLINIK RHEUMATOLOGIKLINIK ENDOKRINOLOGI
 RABU KLINIK PERUBATAN AMKLINIK GASTROENTEROLOGIKLINIK NEFROLOGI
08.00PG – 03.30PTG KHAMIS PRA PEMBEDAHAN

 Nombor untuk dihubungi.

 Tel: 09- 7452109/09-7452110
Fax: 097452546
Email: perubatan_hrpz2@moh.gov.my
 
 


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Jabatan_Perubatan