Home / Jabatan Pembedahan


JABATAN PEMBEDAHAN

 

                
 

    DR. AHMAD SHANWANI B. MOHAMMED SIDEK
                   KETUA JABATAN PEMBEDAHAN
              PEGAWAI PAKAR PERUBATAN BEDAH 

LATAR BELAKANG

Jabatan Pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terbahagi kepada dua iaitu di Bangunan fasa II dan juga Klinik Pembedahan Lama berhampiran Dewan Bedah Fairuz yang menempatkan Klinik Pembedahan Kardiotorasik.  Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad 28, 29, 30 dan Anggerik mengikut sub-kepakaran tertentu.  Jabatan juga menyediakan wad paliatif dan onkologi (Wad 26) bagi penjagaan pesakit kronik dan kanser.  

Untuk meneruskan perkhidmatan yang cemerlang dan professional, perancangan  yang teratur  dan pengurusan yang berkesan amat ditekankan bagi memenuhi  hasrat dan cabaran Kementerian Kesihatan supaya pesakit mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan.Justeru pihak jabatan sentiasa berusaha meningkatan prasarana dan kemudahan terkini bagi menaikan lagi taraf  dan imej Jabatan  Pembedahan HRPZ II.

Jabatan Pembedahan HRPZ II telah menjalankan tugas-tugas kepakaran dan Sub-kepakaran mengikut bidang masing-masing iaitu Pembedahan Am, Pembedahan Payu dara dan Endokrin, Pembedahan Kolorektal, Pembedahan Hepatobiliari, Pembedahan Vascular, Pembedahan Urologi, Pembedahan Pediatrik, Pembedahan Plastic dan Rekonstruktif dan  Pembedahan Kardiothorasik.

MISI

Kearah memberi perkhidmatan yang berorientasikan profesionalisma, berkesan, berkualiti, cepat dan tepat bersama dengan kesinambungan teknologi yang terkini mengikut perkembangan semasa kearah pencapaian perkhidmatan yang cemerlang.     

VISI

Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya mendapat rawatan awal serta lebih peka terhadap penjagaan kesihatan.

PIAGAM PELANGGAN 

·         Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan berkualiti mengikut keperluannya tanpa  mengira agama, keturunan dan taraf sosio-ekonomi.

·         Pesakit yang memerlukan rawatan lebih lanjut yang tiada di Klinik ini akan dirujuk ke Pusat yang bersesuaian.

·         Semua pesakit diberi jaminan bahawa maruah akan dipelihara semasa menerima rawatan.

·         Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya, tertakluk kepada   undang-undang.

·         Setiap pesakit berhak mendapat penerangan yang jelas mengenai penyakit dan prosedur yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

·         Pesakit diberi masa anjal (stagged time) pada tarikh temujanji.

·         Catatan:

·         Pelanggan yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan diminta menghubungi Ketua Jabatan di talian 09-7452700.Untuk  melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk :-         

-          Mematuhi arahan jabatan

-          Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.

LOKASI

Pejabat Jabatan Bedah : Terletak bersebelahan dengan klinik pesakit luar. 

Dewan Bedah :

-          Dewan Bedah Intan ( 4 Bilik Bedah).

-          Dewan Bedah Fairuz. ( 2 Bilik Bedah).

Klinik Pesakit Luar (SOPD).Klinik-klinik adalah seperti berikut:

ü  Am / Payu dara & Endokrinb)

ü  Am / Upper GITc)                                            

ü  Am / Kolorektald)                                           

ü  Am / Hepatobiliarie)                                            

ü  Urologif                                            

ü  Plastkg                                          

ü  Pediatrikh                                           

ü  Kardiotorasiki                                             

ü  Vaskular (Lawatan Pakar) 

Pesakit Dalam

Wad 28, Wad 29, Wad 30, Wad Anggerik dan Wad Oncologi & Paliatif (Wad 26) .

Pesakit di wad pembedahan yang layak kelas pertama dan kelas kedua akan  di tempatkan di wad 10 & wad 9. 

WAKTU KERJA.

Pesakit Luar : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jadual Klinik Pesakit dalam, : Perkhidmatan 24 jam

 Hari Pembedahan dan aktiviti Jabatan adalah seperti berikut:

 

DISIPLIN

HARI PEMBEDAHAN

HARI KLINIK

Urologi

Isnin & Rabu

Selasa dan Khamis

Bedah Am

Isnin

Isnin dan Rabu

Payu Dara

Isnin

Ahad

Plastik

Ahad & Selasa

Khamis

Paediatrik

Selasa

Rabu

Kolorectal

Rabu

Isnin

Vascular

 

Khamis (Lawatan Pakar Bulanan)

Kardiotorasik

Selasa

Rabu

Grand Round

 

Khamis – pagi

CME Jabatan

 

Ahad - pagi

 

 

 

 

 

 


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Jabatan_Pembedahan