Home / Jabatan Oftalmologi


JABATAN OFTALMOLOGI  

        

                             

 DR. NORHALWANI BINTI HUSSAIN 

   KETUA JABATAN OFTALMOLOGI

 

PENGENALAN 

Jabatan Oftalmologi merupakan salah satu cabang kepakaran yang utama di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Bermula hanya dengan menyediakan perkhidmatan rawatan asas mata kini jabatan ini telah menjadi penyedia perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran dalam bidang Oftalmologi yang terulung di Negeri Kelantan. Pada tahun 2012 sahaja  jabatan ini telah menerima lebih kurang 25,000 orang pesakit di Klinik Pakar Mata, merawat 4500 orang pesakit diwad, menjalankan 1300 pembedahan dan menjalankan 820 prosedur laser terhadap pesakit yang mempunyai masalah dengan penglihatan.Disamping perkhidmatan kepakaran mata yang umum, jabatan ini mempunyai satu sub kepakaran iaitu vitreoretina dan merupakan satu-satunya pusat rujukan bagi kes-kes vitreoretina di negeri Kelantan. Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan optometri yang merangkumi pemeriksaan refraksi, perkhidmatan kanta sentuh, penilaian ortoptik dan penglihatan terhad.

VISI

Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam rawatan mata dengan membekalkan perkhidmatan mata yang optima termasuk diagnosa awal, rawatan dan menentukan kadar kebutaan rakyat di paras yang rendah. 

MISI

Membekalkan perkhidmatan penjagaan mata yang berkualiti dan efisien, tinggi tahap profesionalisma dan mesra pengguna. 

OBJEKTIF

  • Memperbaiki serta mempertingkatkan kualiti kehidupan pesakit- pesakit mata dengan memberi perkhidmatan penjagaan mata yang optima.
  • Mengekalkan serta mempertingkatkan perkhidmatan oftalmologi ke tahap yang lebih efisien dan menjadi pusat rujukan bagi negeri.
  • Melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang penyakit- penyakit mata yang mungkin membawa kebutaan serta keperluan mengambil langkah- langkah pencegahan. 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

  1. Perkhidmatan Klinik Pakar Mata
  2. Perkhidmatan Sub Kepakaran Vitreoretina
  3. Perkhidmatan Pembedahan Mata.W
  4. Perkhidmatan Pembedahan Kecil (Mata)
  5. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam
  6. Perkhidmatan Optometri. 

WAKTU RAWATAN / JADUAL KLINIK 

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang ( Ahad - Rabu) / 8.00 pagi – 3.30 petang ( Khamis) 

Hari

Aktiviti
Ahad Pembedahan Mata / Pembedahan Kecil
Isnin Klinik Pakar Mata – Diabetik / Vitreoretina / Umum
Selasa Pembedahan Mata / Pembedahan Kecil
Rabu Klnik Pakar Mata – Klinik Glaukoma / Umum
Khamis Klinik Pakar Mata – R.O.P / Paediatrik / Umum

HUBUNGI KAMI

 Klinik Pakar Mata : 09-7452368  , Faksimili : 09-7452374

 


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Jabatan_Oftalmologi