Home / Amalan Yang Menjadi Punca Kehilangan Data


Amalan Yang Menjadi Punca Kehilangan Data

AMALAN YANG MENJADI PUNCA KEHILANGAN DATA

1) Mengubah Seting Sekuriti Komputer
>>Mengubah seting sekuriti pada peranti di pejabat untuk melepasi polisi IT agar mereka boleh mengakses laman Web yang tidak dibenarkan.

2) Menggunakan Aplikasi Tidak Dibenarkan
>>Mengakses Aplikasi dan laman web tidak dibenarkan seperti perisian muaturun muzik, media sosial dan membeli barang di talian.

3) Akses Fasiliti dan Rangkaian Tidak Dibenarkan
>>Mengakses bahagian rangkaian dan fasiliti tidak dibenarkan.

4) Berkongsi Informasi Sensitif
>>Berkongsi informasi sensitif pejabat secara lisan dengan orang luar seperti rakan dan keluarga

5) Berkongsi Peranti Korporat
>>Berkongsi peranti pejabat dengan orang lain tanpa pengawasan.

6) Keliru antara Kerja dan Peribadi
>>Menggunakan komputer ditempat kerja untuk kegunaan peribadi seperti muaturun lagu, membeli belah secara talian, perbankan, blogging dan menyertai kumpulan sembang.
>>Menggunakan emel peribadi untuk berhubung dengan pelanggan dan rakan sekerja.

7) Peranti Tidak dilindungi
>>Membiarkan komputer tidak dikunci apabila tidak berada di tempat kerja
>>Meninggalkan komputer riba tidak dipantau semalaman tanpa log keluar yang boleh mengakibatkan insiden kecurian dan kehilangan data.

8) Simpan Log Masuk dan Kata Laluan
>>Menyimpan sistem log masuk dan kata laluan pada komputer atau menulis dan membiarkan ia di meja

9) Kehilangan Peranti Storan Mudah Alih
>>Menyimpan data korporat pada peranti mudah alih tanpa dilindungi

10) Membenarkan Orang Luar Masuk Tanpa Dipantau
>>Membenarkan orang luar menggunakan talian rangkaian pejabat tanpa dipantau dan menggunakan fasiliti korporat.

Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=Amalan_Yang_Menjadi_Punca_Kehilangan_Data