Home / Unit Sumber Manusia


UNIT SUMBER MANUSIA 

                             Mohd Razali
             MOHD. RAZALI B. MOHD. DAUD
KETUA PENOLONG PENGARAH (SUMBER MANUSIA)
   PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK 

FUNGSI

Unit Sumber Manusia (SM) di Bahagian Pengurusan HRPZ II diketuai oleh seorang Ketua Pen. Pengarah dan dibantu oleh dua (2) Pen.Pengarah, dua (2) PPT, se orang PT N26 serta 12 Pembant Tadbir Gred N17. Unit SM terdiri dari dua seksyen utama iaitu seksyen Perkhidmatan Personel dan seksyen Latihan dan Perjawatan. Matlamat utama Unit SM ialah untuk mempastikan usaha-usaha peningkatan dan penambahbaikan berterusan dilaksanakan agar penyampaian perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan sentiasa tercapai.

 

Objektif Seksyen Perkhidmatan (Personel)

Melaksanakan semua urusan perkhidmatan dengan adil, cekap dan teratur selaras dengan dasar dan peruntukan-peruntukan dalam perkeliling Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa bagi semua lapisan pegawai di HRPZ II.

 

Fungsi Seksyen Perkhidmatan (Personel)

Mengurus segala hal berkaitan urusan perkhidmatan bermula dari urusan perlantikan sehingga ke peringkat pegawai bersara. Tugas-tugas utama merangkumi urusan pengesahan dalam perkhidmatan, lanjut tempoh percubaan, permohonan mengambilkira perkhidmatan lepas, kemasukan ke jawatan berpencen, kenaikan pangkat, pemangkuan, perletakan jawatan, pelarasan gaji, permohonan ke luar negara, urusan pertukaran dan penempatan, permohonan untuk melanjutkan pelajaran, permohonan cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti haji dan lain-lain cuti yang dibenarkan dibawah Perintah Am. Seksyen ini juga mengurus hal ehwal tatatertib anggota HRPZ II.

 

Objektif Seksyen Latihan

Membantu menentukan anggota HRPZ II diberi latihan yang mencukupi dan bersesuaian supaya dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang tugas klinikal dan bukan klinikal.

 

Fungsi Seksyen Latihan

Merancang dan mengendalikan kursus dalam perkhidmatan untuk anggota Bahagian Pengurusan dengan tumpuan kepada kursus-kursus pemantapan nilai murni, integriti dan motivasi selain dari kursus / latihan berkaitan kewangan, pentadbiran dan perkhidmatan.

Seksyen Latihan juga menyelaras permohonan kursus / latihan daripada anggota HRPZ II untuk menghadiri PTK, Kursus BTN dan kursus Induksi. Laporan perlaksanaan dan kehadiran kursus klinikal anjuran Jabatan / Unit HRPZ II serta anjuran agensi luar seperti KKM, INTAN, JKNK dan JPA juga disediakan oleh Seksyen Latihan untuk tujuan pelaporan ke JKNK, Jawatankuasa MS ISO dan KKM.

 

Objektif Seksyen Perjawatan

Mempastikan data perjawatan HRPZ II adalah sentiasa kemaskini dan tepat supaya urusan pengisian dan permohonan jawatan dilaksanakan dengan optima tanpa pembaziran sumber tenaga manusia di HRPZ II.

 

Fungsi Seksyen Perjawatan

Mengemaskini maklumat dan data perjawatan apabila ada perubahan jawatan tambahan , pindah butiran dan / pemansuhan jawatan serta menyediakan laporan kedudukan perjawatan HRPZ II setiap bulan. Seksyen perjawatan juga bertanggungjawab membuat pemantauan ke atas laporan pengistiharan harta, laporan nilaian prestasi dan pengemaskinian maklumat HRMIS di samping bertindak sebagai urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia HRPZ II.


Hospital Raja Perempuan Zainab II

http://hrpz2.moh.gov.my/v3/modules/mastop_publish/?tac=85