A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 265265265
MINGGU INI 702702702
BULAN INI 1041510415104151041510415
JUMLAH 967315967315967315967315967315967315
 
Home / Unit TCM

 Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari

             DrHasmawati

DR. HASMAWATI BT. MOHAMAD

Pegawai Perubatan (Gred UD54)

Ketua Unit Perubatan Tradisional Dan Komplementari

 

PERUTUSAN

 

Langkah pengemaskinian laman web oleh pihak Pengurusan HRPZ II amnya dan pihak Unit IT khasnya adalah satu usaha yang berkesan dan interaktif.

Saya berharap dengan peluang penglibatan yang diberikan kepada Unit TCM dalam aktiviti ini dapat memberi info terkini tentang unit, perkhidmatan yang disediakan, perjalanan dan aktiviti semasa unit kepada orang ramai secara maya dengan mudah.

Saya dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha sedemikian.

PENGENALAN

Unit TCM

Unit Perubatan Tradisional Dan Komplementari atau dikenali dengan nama “TCM” ini merupakan satu unit di HRPZ II yang diwujudkan pada 29 Disember 2011. Ia mula beroperasi pada 1 Januari 2012.Unit ini berperanan dalam memberi perawatan tradisional dan komplementari kepada para pesakit. Ia menyediakan 3 modaliti utama rawatan tradisional iaitu Urutan Tradisional Melayu, Urutan Ibu Lepas bersalin dan juga Akupuntur.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Unit TCM di HRPZ II adalah;

ü  Menyediakan perawatan tradisional dan komplementari kepada pesakit setempat.

ü  Menerima rujukan kes dari klinik-klinik pakar HRPZ II, Hospital dan klinik-klinik kerajaan atau swasta.

ü  Berusaha memberi kepuasan serta keselesaan kepada pesakit supaya mereka mencapai tahap kesembuhan yang maksima dan produktif.

ü  Merawat penyakit mengikut cara perubatan tradisional dan komplementari.

ü  Bekerjasama dalam melaksanakan program yang dianjurkan oleh Cawangan  dan Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari KKM.

 

PERKHIDMATAN DAN KEPAKARAN

Unit TCM menyediakan 3 modaliti rawatan iaitu Urutan Tradisional Melayu, Urutan Ibu Lepas Bersalin (Post Natal) dan Akupuntur.

 

·         Urutan Tradisional Melayu;

      Adalah manipulasi tisu badan seperti otot sendi dan urat saraf bagi tujuan kesejahteraan atau rawatan kesihatan.

·         Urutan Ibu Lepas Bersalin (Post Natal) yang terbahagi kepada dua:

      i) Urutan Perbidanan iaitu sentuhan lembut menguruskan jari jemari merangkumi perkhidmatan urut, bertungku dan barut/bengkung perut.

     ii) Urutan Kesegaran merangkumi urutan payudara untuk membantu dalam penghasilan susu, melancarkan pengaliran susu dan juga menghindari dari terjadinya bengkak susu.

·         Akupuntur;

       Merupakan satu jenis terapi di mana jarum halus dimasukkan pada titik spesifik pada

       anggota badan pesakit. Titik-titik ini dipanggil “Acupoint” yang berada pada laluan “Meridian” badan. 

 

**Jenis perkhidmatan urutan adalah:

            i)Urutan Wanita : - Untuk Chronic Pain (Kesakitan Kronik) dan Post Stroke (Lepas Strok).

                                             - Untuk Post Natal (Lepas Bersalin) yang boleh dikategorikan kepada;

                                                a) Urutan Kesegaran

                                                b) Urutan Perbidanan.

            ii)Urutan Lelaki   : - Untuk Chronic Pain (Kesakitan Kronik) dan Post Stroke (Lepas Strok).

         **Jenis Perkhidmatan Akupuntur adalah:

            i)Lelaki dan Wanita : - Untuk Chronic Pain (Kesakitan Kronik) dan Post Stroke (Lepas Strok).

         **Semua perkhidmatan yang diperolehi dikenakan bayaran pendaftaran mengikut kadar yang

            telah ditetapkan kecuali bagi pesakit yang mengemukakan “Guaranty Letter”(GL), Kad Pesara,

            Kad OKU dan juga Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas)

          Cara Untuk Mendapatkan Rawatan Di Unit Ini

1)      Setiap pesakit perlu mendapatkan surat rujukan dari pegawai perubatan atau pakar di mana-mana klinik pakar, hospital daerah, klinik kesihatan, hospital atau klinik swasta.

2)     Setelah surat rujukan diperolehi, pesakit atau ahli keluarga terdekat perlu datang ke unit ini untuk mendapatkan temujanji. “Screening” akan dilakukan ke atas pesakit pada hari temujanji bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk mereka dan juga bagi menentukan samada mereka sesuai atau tidak menerima rawatan di unit ini.

**Kes yang diterima adalah kes “Chronic Pain” dan “Post Stroke” sahaja.

    manakala kes-kes akut, pesakit dalam wad dan pesakit tenat atau  “Bed Ridden” tidak

    diterima.  

3)     Bagi ibu lepas bersalin mereka boleh mendapatkan Urutan Kesegaran (urutan susu) semasa kakitangan  unit membuat promosi di wad bersalin atau melalui rujukan oleh pihak wad. Manakala Urutan Perbidanan hanya untuk ibu yang bersalin normal. Rujukan boleh dibuat oleh pihak wad melalui telefon atau pesakit datang sendiri ke unit ini dengan membawa buku rawatan antenatal (berwarna pink)

JADUAL KLINIK

MASA

AKTIVITI

HARI

CUTI

8.00 AM – 5.00 PM

1.00 PM – 2.00 PM

KLINIK

REHAT

AHAD - RABU

** CUTI  :  JUMAAT, SABTU DAN KELEPASAN AM

 

HUBUNGI KAMI

TEL : 09-7452000 SAMB. 2838 / 2837

EMAIL  :  tcmhrpzii2012@gmail.com      

 

 

 

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar