Perutusan Pengarah


Y.BHG. DATO' DR. HAJI GHAZALI HASNI B. MD. HASSAN
Perutusan Pengarah
 
 

Direktori HRPZ

 
 

Pautan Pintas

 
 

Sistem Dalaman

 
 

Carian

 
Home / Unit Pembangunan dan Penswastaan

Unit Pembangunan dan Penswastaan

   WeeLipPing

PN. WEE LIP PING
PENOLONG PENGARAH KANAN (PEROLEHAN & PENSWASTAAN)
PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK GRED (M44)

OBJEKTIF

1) Merancang, mengurus serta memantau projek – projek pembangunan serta menyediakan cadangan – cadangan projek baru bagi mendapatkan peruntukan kewangan yang secukupnya dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2) Memastikan kemudahan di HRPZ II, khususnya untuk perawatan pesakit serta kemudahan awam merupakan yang terbaik dan boleh dicapai dan dioptimakan penggunaannya oleh semua pengguna perkhidmatan hospital ini.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Bertanggungjawab ke atas permohonan bagi kerja-kerja menaiktaraf / penyelenggaraan / pengubahsuaian Jabatan / Unit- memastikan setiap permohonan direkod, disiasat keperluan dan maklumbalas yang sepatutnya diberi (dengan bantuan SIHAT dan Radicare) sebelum ianya dipanjangkan ke perhatian PH / TP (U) untuk tindakan seterusnya;

2. Bertanggungjawab ke atas perbelanjaan peruntukan Pembangunan Jabatan dengan memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemah, mengikut peraturan dan ` best value for money ‘;

3. Memantau dan menyelaras proses perolehan bagi kerja-kerja pembangunan ;

4. Menyelaras pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kecil dan projek kecil mengikut tatacara sepatutnya;

5. Menyelaras pelaksanaan kerja-kerja pembaikan di bawah peruntukan Projek Ransangan Ekonomi dan BP0600;

6. Menyelaras pelaksanaan Projek di bawah peruntukan Rancangan Malaysia;

7. Memantau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat konsesi (dengan bantuan SIHAT).

5 perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut;

· Sisa Klinikal (CWMS);· Linen & Laundry (LLS);

· Pembersihan (CLS);

· Kejuruteraan Fasiliti (FEMS); dan

· Kejuruteraan Biomedikal (BEMS).

Unit Perolehan

OBJEKTIF

Merancang, mengurus serta memantau segala aktiviti serta proses perolehan bagi memastikan segala peralatan perubatan dan bukan perubatan dapat disediakan dengan sewajarnya bagi kepentingan perkhidmatan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Menjalankan semakan dan kawalan secara berkala terhadap perbelanjaan yang dibenarkan, di mana setiap permohonan bagi aktiviti perolehan perlu disemak secara teliti dari segi keperluan, keutamaan serta berdasarkan peruntukan yang ada bagi membiayai pembelian tersebut.

2. Memastikan semua perolehan dijalankan mengikut kelulusan, peraturan kewangan dan pekeliling yang berkuatkuasa serta perbelanjaan dilakukan dengan berhemah bagi perolehan secara terus, sebutharga dan tender.

3. Memastikan setiap laporan Perolehan dihantar secara berkala ke JKNK.

4. Menyelaras dan memantau rekod pendaftaran pembekal agar ianya diselenggara dengan cara yang sepatutnya bagi memastikan setiap pembekal yang mempunyai prestasi baik sentiasa mendapat peluang menyertai pelawaan sebutharga perkhidmatan dan bekalan dari Jabatan ini; danMemastikan rekod prestasi pembekal diselengara dengan baik bagi mengenalpasti pembekal yang mempunyai prestasi baik dan sebaliknya.

Unit Pengurusan Aset

OBJEKTIF

Memantau dan melaksanakan segala aspek pengurusan Aset Jabatan alih dan tidak alih dengan baik bagi memastikan penggunaan yang optima serta pengendalian secara efektif.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Memastikan J/Kuasa berikut dilantik;

· Pegawai-pegawai bagi menjalankan pemeriksaan ke atas aset;

· Lembaga Pemeriksa bagi melaksanakan pelupusan aset; dan

· Jawatankuasa Penyiasat bagi menyiasat kes kehilangan aset.

2. Menyelia agar setiap laporan-laporan berikut dikemukakan ke JKNK secara berkala, iaitu ;

§ Laporan Harta Modal dan Inventori;

§ Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori;

§ Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan

§ Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib.3. Memastikan agar semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Antara tugas di bawah kawalan Unit ini meliputi;

· Penerimaan;

· Pendaftaran;

· Pengunaan, penyimpanan dan pemeriksaan;

· Penyelenggaraan;

· Pelupusan; dan

· Kehilangan dan Hapuskira.

4. Urusetia kepada Mesyuarat Jawatkuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK).

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Waktu Melawat

Ahad - Khamis
1.00 ptg - 2.00 ptg
5.00 ptg - 7.00 mlm

Jumaat | Sabtu | Kelepasan Am
12.00 tgh - 2.00 ptg
5.00 ptg - 7.00 mlm

Wad ICU | CCU/CRW | PICU | NICU | TERATAI | TEMENGONG
1.00 ptg - 2.00 ptg
5.00 ptg - 7.00 mlm

 
 

Interaktif