A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 269269269
MINGGU INI 706706706
BULAN INI 1041910419104191041910419
JUMLAH 967319967319967319967319967319967319
 
Home / Unit Latihan dan Perjawatan

UNIT LATIHAN DAN PERJAWATAN

 

              ( Kosong)

PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK 

UNIT LATIHAN

VISI

Unit Latihan akan menjadi satu unit yang aktif untuk memenuhi kehendak anggota dalam perancangan keperluan latihan ,pendidikan dan pembelajaran berterusan supaya anggota HRPZ II mempunyai ilmu dan kemahiran dalam aspek klinikal dan bukan klinikal, selaras dengan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Melahirkan kakitangan yang lebih profesional, penyayang, cekap dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan melalui latihan dan pembelajaran berterusan.

OBJEKTIF

Meningkatkan dan mengekalkan tahap pengetahuan dan kemahiran anggota Hospital Raja Perempuan Zainab II melalui latihan yang dijalankan di samping memberi penekanan dalam pembangunan modal insan agar melahirkan anggota yang dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang tugas klinikal dan bukan klinikal.

Fungsi Unit Latihan

Merancang dan mengendalikan kursus dalam perkhidmatan untuk anggota Bahagian Pengurusan dengan tumpuan kepada kursus-kursus pemantapan nilai murni, integriti dan motivasi selain dari kursus / latihan berkaitan kewangan, pentadbiran dan perkhidmatan.Unit Latihan juga menyelaras permohonan kursus / latihan daripada anggota HRPZ II untuk menghadiri PTK, Kursus BTN dan kursus Induksi, laporan perlaksanaan dan kehadiran kursus klinikal anjuran Jabatan / Unit HRPZ II serta anjuran agensi luar seperti KKM, INTAN, JKNK dan JPA juga disediakan oleh Unit Latihan untuk tujuan laporan ke JKNK, Jawatankuasa MS ISO dan KKM.

 

UNIT PERJAWATAN

MISI

Memastikan pengurusan data perjawatan HRPZ II yang efektif, berkesan serta menepati keperluan dan tuntutan organisasi.

VISI

Membentuk dan memantapkan pengurusan data perjawatan yang efisien dan tepat.

Objektif Unit Perjawatan

Memastikan data perjawatan HRPZ II adalah sentiasa kemaskini dan tepat supaya urusan pengisian dan permohonan jawatan dilaksanakan dengan optima tanpa pembaziran sumber tenaga manusia di HRPZ II.

 

Fungsi Unit Perjawatan

Mengemaskini maklumat dan data perjawatan apabila ada perubahan jawatan tambahan , pindah butiran dan / pemansuhan jawatan serta menyediakan laporan kedudukan perjawatan HRPZ II setiap bulan. Unit perjawatan juga bertanggungjawab membuat pemantauan ke atas laporan pengisytiharan harta, laporan nilaian prestasi dan pengemaskinian maklumat HRMIS di samping bertindak sebagai urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia HRPZ II.

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar