A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 172172172
MINGGU INI 657657657
BULAN INI 7701770177017701
JUMLAH 950621950621950621950621950621950621
 
Home / Soalan Lazim - Unit Gaji

Soalan Lazim - Unit Gaji

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Unit Gaji, HRPZ II

Soalan 1 : Siapakah yang layak menerima Elaun Perumahan Wilayah.

Jawapan:  Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Bagi Pegawai yang berasal dari semenanjung berdasarkan Wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai dengan mengisi borang.Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001.Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000

Soalan 2 : Kelayakan Elaun Lebih Masa, sekiranya Hari Kelepasan Am Jatuh pada Hari Rehat Mingguan bagi anggota yang bekerja secara giliran.

Jawapan :  Bagi anggota yang bekerja secara giliran, jika hari Kelepasan Am Jatuh pada Hari Rehat Mingguan , maka Hari Kelepasan Am itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Sebagai contoh, sekiranya Hari rehat Mingguan anggota ditetapkan pada hari Selasa dan Hari Kelepasan Am jatuh pada hari selasa tersebut, maka Hari Kelepasan Am akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Rabu. Jika ketua Jabatan menghendaki anggota bertugas pada hari Selasa tersebut maka pegawai layak dibayar ELM atas kadar Rehat Mingguan, dan jika dikehendaki bertugas pada hari Rabu, maka anggota adalah layak dibayar BLM atas kadar Kelepasan Am. Rujukan.JPA(SARAAN)262/10-2 JLD 2 bertarikh 6 Okt.2009

Soalan 3 : Bagaimanakah kelayakan pegawai sekiranya untuk memilih Cuti gantian yang di tukar daripada bayaran lebih masa sekiranya melalukan kerja lebih masa?

Jawapan : Pegawai adalah layak utnuk memilih samada Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Cuti gantian boleh di luluskan sama banyak dengan masa di panggil bertugas. Pegawai perlu mempunyai 9 jam waktu bekerja lebih masa untuk melayakkan pemberian 1 hari cuti gantian. Diluluskan oleh ketua jabatan dan setaraf. Cuti gantian bagi bayaran lebih masa tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.Rujukan.Perintah Am para 40, Bab CPekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002

Soalan 4 : Bagaimanakah kelayakan pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan (lingkungan 25km dari pejabat) yang dibayar Bayaran Perumahan Khas layak BSH dengan kadar separuh.

Jawapan;Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan yang dibayar Bayaran Perumahan Khas juga diberi BSH atas kadar separuh (50%) daripada kadar pegawai yang tidak diperuntukkan Rumah Kerajaan.Rujukan;Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007JPA (BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Dis 2008JPA (S)63/57/2 KH.8(97) bertarikh 8 Feb 2010

Soalan 5 : Kelayakan bagi pegawai yang telah diluluskan Bayaran Insentif Tugas Kewangan dan telah mengambil Cuti Bersalin selama 60 hari. Bagaimanakah kedudukan Bayaran Insentif Tugas Kewangan yang telah diterimanya?

Jawapan : Bagi pegawai yang menerima Bayaran Insentif Tugas Kewangan tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Bayaran Insentif Tugas Kewangan hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan. Pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am dalam keadaan berikut: i. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan; ii. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan; daniii. Bercuti sakit yang disokong oleh Sijil Sakit kerajaan.Rujukan;Perintah Am Bab ‘C’.Mengikut perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999

Soalan 6.1 : Bagaimana kelayakan bagi pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Pos Basik atau Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta yang telah cuti haji selama 28 hari berturut turut. Apakah kedudukan Bayaran Insentif Pos basik / Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta yang telah diterimanya?

Soalan 6.2 : Apakah kelayakan bayaran Insentif pos basik sekiranya pegawai mempunyai lebih daripada satu sijil pos basik? Apakah layak pegawai tersebut mempunyai bidang pos basik yang berbeza dengan bidang tempat bertugas?

Soalan 6.3 : Bagaimanakah kelayakan pegawai yang bertugas di Jabatan merawat pesakit jiwa,tibi dan mempunyai sijil pos basik di bidang berkenaan?

Jawapan : 6.1 Bagi pegawai yang menerima Bayaran Insentif Pos Basik atau Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta yang telah mengambil cuti haji selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Bayaran Insentif Pos Basik atau Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta. Bayaran Insentif Tugas Kewangan hendaklah dihentikan kerana tidak layak diterima. Pembayaran Bayaran Insentif Pos Basik atau Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta hendaklah diberhentikan kepada anggota apabila berada dalam keadaan seperti berikut;i. Cuti tanpa gaji;ii. Cuti belajar tanpa gajiiii. Cuti separuh gaji;iv. Cuti belajar separuh gaji;v. Cuti belajar bergaji penuh; (berkursus melebihi tiga bulan)vi. Cuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut;vii. Cuti haji melebihi 28 hari berturut-turut;viii. Cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut;ix. Cuti bersalin; dan. Kombinasi mana-mana jenis cuti di para vi,vii,viii dan ix di atas yang melebihi 28 hari berturut-turut.

6.2 Pegawai hanya layak mendapat satu sahaja Bayaran Insentif Pos Basik walaupun pegawai mempunyai lebih daripada satu sijil pos basik. Kadar Bayaran Insentif Pos Basik adalah sebanyak RM 100.00 sebulan dan dibayar kepada anggota paramedik yang layak tanpa mengikut gred.

6.3 Pegawai yang bertugas merawat pesakit jiwa, tibi dan kusta serta mempunyai sijil pos basik di bidang berkenaan hanya layak menerima salah satu jenis bayaran sahaja yang mana lebih tinggi. Rujukan;Surat JPA(S)63/111/1 KH:6(36) bertarikh 19 Jun 2008 Surat JPA(SARAAN)262/10-3(101) bertarikh 29 Dis 2009

Soalan 7 : Adakah pegawai yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa boleh memilih untuk ditukar dengan Cuti Gantian?

Jawapan: Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian.

Soalan 8 : Bagaimanakah pergerakan gaji tahunan dibayar? Jika kenaikan gaji pada 1.1, bolehkah tuntutan elaun lebih masa mengikut kadar sejam bagi tangga gaji baru yang belum di terima?

Jawapan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan berdasarkan prestasi perkhidmatan melalui Laporan Penilaian Prestasi Tahunan(LPPT) dan pergerakan gaji akan di bayar setelah mendapat keputusan panel. Pegawai Boleh membuat tuntutan setelah mendapat kenaikan gaji terlebih terlebih dahulu dan pelarasan balik dibuat setelah menerima kenaikan gaji.Rujukan.Skim SSM.

Soalan 9 : Bagaimana kelayakan bagi pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang telah cuti tanpa gaji. Apakah kedudukan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang telah diterimanya?

Jawapan : Bagi pegawai yang menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang telah mengambil cuti tanpa gaji, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal hendaklah dihentikan kerana tidak layak diterima. Rujukan.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007

Elaun yang dikecualikan ...

Soalan 10 : Apabila pegawai bertukar masuk, bilakah bayaran gaji akan dibuat di tempat baru bertugas?

Jawapan : Pembayaran gaji/emolumen bagi pegawai yang bertukar masuk daripada pusat perakuan lain/luar negeri akan dibuat setelah pihak jabatan menerima sijil gaji akhir , buku perkhidmatan daripada tempat bertugas terdahulu dan bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan lengkap.Rujukan;Arahan PerbendaharaanPeraturan JANM kuatkuasa.

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar