A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 8585
MINGGU INI 1044104410441044
BULAN INI 4421442144214421
JUMLAH 661298661298661298661298661298661298
 
Home / Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim

- Soalan Lazim Jabatan Forensik
- Soalan Lazim Jabatan Rehabilitasi
- Soalan Lazim Jabatan Dermatologi
- Soalan Lazim Jabatan Otopidik
- Soalan Lazim Jabatan Oftalmologi
- Soalan Lazim Jabatan Pediatrik
- Soalan Lazim Jabatan Dietetik dan Sajian
- Soalan Lazim Unit Rekod Perubatan
- Soalan Lazim Unit Gaji - HRPZ II
- Soalan Lazim Unit Perkhidmatan
- Soalan Lazim Unit Perolehan
- Soalan Lazim Unit Perpustakaan
- Soalan Lazim Unit IT
- Soalan Lazim Unit Pentadbiran

 

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?   
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. 

 Soalan Lazim

 

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?    
  Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.   
     
2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?  
  Bagi warganegara wang cagaran  berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan  dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.  
     
3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?  
  Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.  
     
4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?  
  Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.  
     
5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?  
  Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)  
     
6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?  
  Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.  
     
7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?  
  Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina   
     
8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?  
  Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital    
     
9. Bagaimana cara untuk memohon kemasukan ke kolej kejururawatan?  
  Kelayakan untuk kursus Sijil Jururawat Masyarakat ialah Sijil PMR / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan manakala syarat bagi kursus Diploma Kejururawatan ialah;  
 
  1. Memperolehi 5 kredit dalam SPM terutama dalam mata pelajaran Sains, Matematik, BM dan BI;
  2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik; dan
  3. Mempunyai sikap yang positif.
 
     
10. Bagaimana  ingin mengetahui status keselamatan produk kosmetik?  
  Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia.  Maklumat mengenai status keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK boleh layari  laman web www.bpfk.gov.my.  
     
11. Apakah garis panduan dalam melakukan pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan Planned Prevantive Maintenance (PPM) terhadap peralatan/peranti yang digunakan dalam hospital dan klinik-klinik swasta?  
  Pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan di hospital atau klinik, dokumen "MS2058; Code of Practice for Good Engineering Maintenance Management of Active Medical Devices" boleh digunakan sebagai rujukan. Standard ini boleh dibeli dari pihak SIRIM Bhd.  
     
12. Adakah produk makanan perlu didaftarkan di KKM?  
  Produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.  
     
13. Bagaimana prosedur untuk mendapatkan kelulusan pemasaran ubat herba?  
 

Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ‘Drug Registration Guidance Document’ (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Permohonan pendaftaran produk perlu dikemukakan secara online melalui sistem online Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), QUEST 3.


Produk herba boleh diklasifikasikan dalam kategori produk tradisional dan suplemen kesihatan. Borang ini juga boleh didapati daripada laman web tersebut (bahagian borang) borang (BPFK-003). Proses klasifikasi produk yang dijalankan secara percuma. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya akan mendaftar produk yang berkesan, selamat dan berkualiti. Sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan semasa permohonan pendaftaran tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan permohonan pendaftaran produk ditolak.

Maklumat lanjut perkara ini boleh diperolehi dengan melayari laman web BPFK iaitu www.bpfk.gov.my.

 
     
14 Dalam Ucapan Bajet 2012, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan liberalisasi 17 subsektor perkhidmatan termasuk sektor kesihatan. Apakah subsektor kesihatan yang diliberalisasikan di bawah pakej tersebut dan bila tarikh ianya mula berkuatkuasa?    
 
Sila rujuk jadual di bawah untuk perincian subsektor kesihatan yang diliberalisasikan secara berfasa pada tahun 2012.  
 
 

Subsektor

Tawaran Semasa dan Syarat

Liberalisasi Secara Autonomus

Tarikh Berkuatkuasa

Perkhidmatan Hospital Swasta  (Mod 3)

Pegangan ekuiti asing sehingga 70% (2010) di bawah Pakej 8 AFAS dan 30% di bawah GATS (hanya melalui syarikat yang ditubuh dan didaftarkan secara usahasama dengan individu atau syarikat milik tempatan).

Tiada sekatan ke atas pegangan ekuiti asing.

1 Jan. 2012

Minimum 100 katil

Tiada sekatan ke atas bilangan katil.

1 Jan. 2012

Hanya 2 pakar perubatan asing untuk setiap hospital swasta.

Tiada sekatan ke atas jumlah pakar perubatan asing.

1 Jan. 2012

Penubuhan klinik feeder tidak dibenarkan.

Dikekalkan

-

Perkhidmatan Perubatan  Pakar (Mod 3)

Penubuhan klinik pakar secara bersendirian (stand alone) tidak dibenarkan.

Tiada sekatan pegangan ekuiti asing ke atas pemilikan klinik pakar secara bersendirian (stand alone).

1 Jun 2012

Perkhidmatan Pergigian Pakar (Mod 3)

Penubuhan klinik pakar secara bersendirian (stand alone) tidak dibenarkan.

Tiada sekatan pegangan ekuiti asing ke atas pemilikan klinik pakar secara bersendirian (stand alone).

1 Jun 2012

Perkhidmatan Perubatan  Pakar (Mod 4)

Terhad kepada 14 bidang subkepakaran (perubatan forensik, perubatan nukear, geriatric, pembedahan mikro vascular, pembedahan neuro, imunologi klinikal, onkologi, traumatologi, anestesiologi, psikiatri kanak-kanak,   jagaan rapi (intensive care) dan sains fizikal.

Membenarkan kemasukan pakar perubatan asing yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia untuk semua bidang kepakaran.

1 Jun 2012

Hanya dibenarkan mengamal di hospital swasta yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 katil.

Tiada sekatan berdasarkan bilangan katil hospital swasta.

1 Jun 2012

Perkhidmatan Pergigian  Pakar (Mod 4)

Pakar pergigian asing hanya dibenarkan mengamal untuk tujuan pengajaran di institusi pengajian tinggi awam/swasta.

Membenarkan kemasukan pakar pergigian asing yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia untuk semua bidang kepakaran.

1 Jun 2012

Untuk maklumat lanjut mengenai liberalisasi sektor kesihatan, sila hubungi pegawai bertanggunggjawab berikut:

Perkhidmatan Perubatan 
Dr. Zabedah bt. Baharudin 
Cawangan Penggubalan Akta 
Bahagian Amalan Perubatan 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
Aras 3, Blok E1, Kompleks E, Presint 1 
Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan 
62590 PUTRAJAYA

Tel.        :  03-88831286 
Fax        :  03-88831328 
Email    :  jdrzabedah@moh.gov.my

Perkhidmatan Pergigian 
Dr. Rusni bt. Mohd. Yusof 
Cawangan Akreditasi & Globalisasi Kesihatan Pergigian 
Bahagian Kesihatan Pergigian 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1 
Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA 
  
Tel.        :  03-88834205
Fax        :  03-88886133 
Email    :  drrusni@moh.gov.my
 
     
     
 

 

 
15 Adakah semua skim perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dengan peperiksaan Perkhidmatan Awam ?   
  Semua skim perkhidmatan yang menetapkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan perlu menduduki peperiksaan tersebut sama ada dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), KKM atau kementerian-kementerian berkaitan yang memberi kebenaran ke atas calon menumpang menduduki peperiksaan. Pada masa ini Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM melaksanakan peperiksaan subjek Jabatan bagi 15 skim perkhidmatan bukan gunasama di KKM, manakala bagi subjek Umum, calon perlu menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Semua penjawat boleh merujuk syarat skim perkhidmatan di surat tawaran lantikan, manakala takwim Peperiksaan Perkhidmatan Awam di KKM telah dimuat naik di portal Bahagian Pembangunan Kompetensi http:// kompetensi.moh.gov.my   
     
16. Berapakah kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon peperiksaan Perkhidmatan Awam KKM ?   
  Senarai peperiksaan jabatan dan kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon boleh dirujuk di portal Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM ; http:// kompetensi.moh.gov.my    
     
17 Apakah kaedah penilaian kompetensi penjawat awam yang sedang berkuat kuasa pada ketika ini?   
  Program Bersepadu Pembangunan Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) adalah kaedah penilaian baru yang dicadangkan untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Walau bagaimanapun, pelaksanaan PROSPEK ditangguhkan pada ketika ini berikutan pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana PROSPEK adalah perkara yang difokuskan.   
     
18 Perlukah penjawat mengemukakan mata kredit terkumpul Continuing Professional Development (CPD) bagi setiap tahun ke Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK) , KKM?   
  Pada masa ini pegawai-pegawai yang terlibat dengan CPD tidak perlu mengemukakan mata kredit CPD terkumpul ke BPK,KKM kerana PTK telah dimansuhkan pada 1 Januari 2011. Walau bagaimanapun mengikut Surat dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) rujukan KKM/87/P2-1/10 Jld.5(81) bertarikh 9 Januari 2012, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) /Bahagian/Institusi perlu menghantar laporan pencapaian tahunan mata kredit CPD setiap penjawat berkenaan kepada Jawatan kuasa CPD di peringkat JKN/Bahagian/Institusi untuk tujuan rekod dan pemantauan.   
     
19 Adakah keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih boleh digunakan untuk urusan perkhidmatan ?   
  Keputusan PTK masih boleh digunakan untuk urusan kenaikan pangkat (sekiranya diperlukan oleh Bahagian Sumber Manusia). Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak lagi boleh digunakan untuk anjakan gaji bagi tahun 2011 dan seterusnya kerana PTK telah dimansuhkan. 

Apakah Elaun dan Kemudahan Yang Kecualikan Cukai Yang Diterima Oleh Anggota Pentadbiran,Kakitangan Awam, Anggota Polis DiRaja Malaysia, Anggota Angkatan Tentera Dan Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman?

Elaun yang dikecualikan ...

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Interaktif

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar