Perutusan Pengarah
Perutusan Pengarah
Dato' Dr. Hjh Selasawati bt. Hj. Ghazali
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sehati Sejiwa
Selamat datang ke Laman Web Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Hospital Raja Perempuan Zainab II atau kini dikenali sebagai HRPZ II, merupakan hospital rujukan negeri Kelantan. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan kepakaran dan sub-kepakaran klinikal disokong oleh perkhidmatan sokongan klinikal dan bukan klinikal bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit komprehensif.
HRPZ II sentiasa melaksanakan langkah-langkah peningkatan kualiti secara berterusan demi memastikan perkhidmatan yang diberi memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan.
Selaras dengan perkembangan teknologi, Laman Web HRPZ II dibina bagi menyalurkan informasi berkaitan kepada masyarakat umum. Semoga Laman Web rasmi HRPZ II ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
KAMI SEDIA MEMBANTU
Sekian, terima kasih.