A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 181181181
MINGGU INI 181181181
BULAN INI 6372637263726372
JUMLAH 906093906093906093906093906093906093
 
Home / Mengenai Kami

Mengenai Kami

                                                                 HOSPITAL KOTA BHARU

Hospital Umum Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 1920an. Bangunan itu terletak dipinggir Bandar Kota Bharu di mana kini merupakan bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu sekarang. Bangunan awal hospital ini terdiri dari dua buah bangunan, satu bangunan dikenali sebagai “European Ward” dan satu bangunan lagi untuk rakyat Kelantan. Perkhidmatan yang diberikan pada ketika itu ialah Perubatan dan Pembedahan dan kes-kes ini ditempatkan didalam satu wad dan ini termasuklah kes bersalin. Pada masa yang sama pembinaan bangunan hospital baru bermula dan siap pada tahun 1938.

Jumlah anggota yang berkhidmat pada ketika itu terdiri daripada dua orang doktor iaitu Dr. Gimlet sebagai Chief Medical Officer (CMO) dan dibantu oleh Dr. Mark Loi. Anggota sokongan terdiri daripada seorang Penyelia Hospital, 5 orang Dresser (Pembantu Pentadbiran), seorang Matron dan 4 orang Jururawat.

Pada tahun 1938 perpindahan dari hospital atap ke bangunan hospital baru (batu) bermula secara berperingkat-peringkat kecuali wad perempuan bersalin (sekarang Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Kota Bharu). Perpindahan selesai pada tahun 1950.

Bangunan baru Hospital Umum Kota Bharu beroperasi sepenuhnya pada tahun 1938 yang mempunyai 8 buah wad dan perkhidmatan yang ditawarkan telah dipertingkatkan. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut ialah Perubatan/Pembedahan/Veneral Diseases Wad (VD)/Wad Leprosy (Kusta) dan wad yang akhir sekali berpindah ke sini ialah Wad Bersalin. Pada tahun yang sama Hospital Umum Kota Bharu mendapat seorang Pakar Bedah iaitu Dr. K. D. Fraser, beliau merupakan pakar bedah pertama berkhidmat untuk Negeri Kelantan. Pada bulan Disember 1938 perang telah meletus dimana Jepun telah memasuki Kota Bharu dan telah menggunakan hospital ini sebagai pengkalan mereka selama seminggu dan sekaligus mengiktirafkan pekerja-pekerja Hospital Umum Kota Bharu. Pada masa itu Dr. Evan (CMO) dan Dr. Fraser (Pakar Bedah) telah meninggalkan Kota Bharu menuju ke Singapura. Secara tidak langsung Dr. R. S. Arurampalam menjawat jawatan sebagai CMO.

Setelah mengalami kekalahan dalam perang dunia pertama pada tahun 1943, Jepun telah meninggalkan Kota Bharu. Pada awal tahun 1944 pentadbiran Hospital Umum Kota Bharu diambil alih oleh British Medical Army (BMA) dibawah pentadbiran Dr. Mejar Flowski. Beliau mentadbir hospital ini selama satu tahun dan menyerahkan pentadbiran ini kepada Dr. Evan pada 1946 diikuti oleh Dr. Gibson pada 1948 dan Dr. Issac hingga tahun 1950.

Pada tahun 1950 Dr. R. E. Anderson telah mengambil alih tempat Dr. Issac sebagai CMO. Beliau memulakan perancangan pembangunan hospital baru. Satu bangunan Asrama Jururawat didirikan dimana terletaknya klinik Perbidanan dan Sakit Puan sekarang (O&G). Beliau juga yang menghapuskan "European Ward". Di dalam era 50an perkhidmatan dipertingkatkan, perkhidmatan perawatan pergigian diadakan dan dirasmikan oleh Al-Marhum KDTMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultn Ibrahim. Ekoran daripada penyakit batuk kering (TIBI) meningkat, pada tahun 1958 pembinaan Wad TB dimulakan dan telah dirasmikan pada 5 Jun 1961 bersamaan 21 Zulhijjah 1380 oleh Al-Marhum KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.

Hospital Kota Bharu di alaf ini, terus mengorak langkah menuju kecemerlangan dibawah teraju para pengarah yang berwibawa, bermula dari Dato' Dr. Abd. Razak Bin Hj. Kechik, diikuti oleh Dr. Hussin b. Othman, Dr. Mary Abraham dan seterusnya Y. Bhg. Datin Dr. Hjh Aesah @ Zaharah bt. Hj. Awang, Dr. Mohamad bin Ismail,  Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan, Dr. Wan Hazimah Wan Mohamed dan sekarang Dato' Dr. Hjh. Selasawati bt. Hj. Ghazali.  

Dibawah kepimpinan mereka, Hospital Kota Bharu terus bergerak meniti kejayaan demi kejayaan sehingga pada 2002 Hospital Kota Bharu berjaya menerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Awam) dan Anugerah Khas KKM sempena hari kualiti. Kejayaan Hospital Kota Bharu terukir, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah menempa nama di peringkat Antarabangsa dimana pada tahun 2004 Kota Bharu telah memperolehi pensijilan CONFRAC oleh Negara Perancis dan Persijilan BS EN ISO 9001 : 2000 (UKAS) oleh United Kingdom. Sesungguhnya sejarah Hospital Kota Bharu yang sentiasa cemerlang sejak dulu lagi meletakkannya sebagai institusi yang gemilang dan terbilang sehingga kini. Justeru itu amat wajarlah kiranya hospital ini diiktiraf dengan namanya yang baru iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 5 September 2005.                                                 

Penamaan Semula Hospital

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Interaktif

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar