A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 259259259
MINGGU INI 696696696
BULAN INI 1040910409104091040910409
JUMLAH 967309967309967309967309967309967309
 
Home / Jabatan Rehabilitasi

    JABATAN REHABILITASI

                         

           DR DARYANI BINTI DARUS 
       KETUA JABATAN REHABILITASI
      PEGAWAI PERUBATAN KLINIKAL

PENGENALAN

Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi telah dimulakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada bulan November 2006 dengan penempatan seorang Pakar Perubatan Rehabilitasi di hospital tersebut. Perkhidmatan ini menggunakan pendekatan “team approach” yang menggabungkan kepakaran dari pelbagai disiplin rehabilitasi dalam pengendalian seseorang pesakit yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal (physical disability) dan medikal. Anggota-anggota kerja yang terlibat dalam sesuatu pasukan rehabilitasi termasuklah Pakar Perubatan Rehabilitasi, pegawai perubatan, jururawat terlatih, jurupulih anggota (physiotherapist), jurupulih carakerja (occupational therapist), pegawai pemulihan pertuturan (speech and language pathologist), juruteknik anggota palsu dan orthosis (prosthetic and orthotic technician) dan pakar psikologi klinikal (clinical psychologist).

 

Pada masa ini, jabatan ini mempunyai perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar. Klinik Perubatan Rehabilitasi terletak di blok lama Hospital Raja Perempuan Zainab II, bersebelahan dengan Wad 8. Klinik ini mula beroperasi Januari 2008. Wad Perubatan Rehabilitasi yang terletak bersebelahan dengan ruang linen hospital, fisioterapi dan klinik luka (wound clinic). Wad yang kini menempatkan 8 buah katil telah mula beroperasi pada 28 November 2010 yang lalu. Ia juga menempatkan sebuah gimnasium untuk kegunaan pesakit-pesakit dalam.

 

OBJEKTIF JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

 

1) Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pesakit, keluarga pesakit dan warga kesihatan tentang perkhidmatan rehabilitasi melalui pendidikan berterusan

2) Berusaha memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang komprehensif dan merangkumi semua aspek termasuk fizikal, psikologikal, sosial, vokasional, avokasional dan pendidikan kepada pesakit yang berlainan upaya.

3) Berusaha mengamalkan pendekatan “patient-centered rehabilitation” dan

4) Memperkembangkan perkhidmatan ke seluruh negeri Kelantan

5) Menyediakan prasarana dan peralatan yang bersesuaian dengan program/aktiviti yang dirancang

6) Pembangunan modal insan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf yang mengendalikan perkhidmatan7) Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota kerja rehabilitasi dan semua disiplin/jabatan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

Perkhidmatan yang telah dimulakan adalah meliputi perkhidmatan bagi pesakit dalam dan pesakit luar seperti tersenarai dibawah:

i. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury Rehabilitation)

ii. Rehabilitasi Amputee (Amputee Rehabilitation)

iii. Rehabilitasi Neuro (Neuro Rehabilitation)

iv. Rehabilitasi Kanak-kanak (Paediatric Rehabilitation)

v. Rehabilitasi Am (General rehabilitation including diabetic foot, congenital, MSK)

vi. Prostetik dan ortotik

vii. Klinik kerusi roda (wheelchair & seating system clinic)

Program yang akan diperkembangkan adalah :

 

i. Rehabilitasi Kardiak ( Cardiac Rehabilitation)

ii. Rehabilitasi Strok ( stroke rehabilitation)

iii. Rehabilitasi Muskuluskeletal (Musculoskeletal Rehabilitation)

iv. Return to work / school programme

 Jadual Klinik Pesakit Luar

Hari

Waktu Lokasi
Isnin (Amputi dan Am) 9.00am - 1.00pm Klinik Rehabilitasi
Rabu (Spinal dan Neuro) 9.00am - 1.00pm Klinik Rehabilitasi

Khamis

(minggu ke 2 dan ke 4)
9.00am - 1.00pm Klinik Pakar Paediatrik

Klinik Kerusi Roda akan dibuat dengan temujanji (pengumpulan pesakit)

 Hubungi kami : 09 7452610

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar