A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 260260260
MINGGU INI 697697697
BULAN INI 1041010410104101041010410
JUMLAH 967310967310967310967310967310967310
 
Home / Jabatan ENT

 JABATAN ENT (TELINGA, TEKAK & HIDUNG)

                                  

                   DR. HASHIMAH BT. ISMAIL

               KETUA JABATAN OTORINOLARINGOLOGI

              PEGAWAI PAKAR OTORINOLARINGOLOGI 

PERUTUSAN KETUA JABATAN

 

Assalamualaikum, Salam Sehati Sejiwa

 

Selamat datang ke Laman Web Jabatan Otorinolaringologi HRPZ II.

Jabatan Otorinolaringologi merupakan klinik rujukan pesakit-pesakit ORL dari seluruh negeri Kelantan. Kami menyediakan perkhidmatan  rawatan kepakaran dan sub-kepakaran klinikal dan sokongan bukan klinikal bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit secara menyeluruh.   Kami berusaha meningkatkan taraf kehidupan pesakit yang bermasalah telinga, hidung dan tekak dengan mempercepatkan pengesanan dan rawatan pada peringkat awal dengan menggunakan memudahan yang ada serta pemulihan awal bagi mereka yang kurang pendengaran dan masalah pertuturan.

Kami juga ingin memastikan perkhidmatan ORL di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bermutu dan berkualiti serta mengamalkan prinsip-prinsip masyarakat penyayang serta berusaha  meyakinkan pelanggan untuk datang mendapatkan rawatan di sini.

 

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi (ORL) HRPZII ditubuhkan pada tahun 1985. Kami terletak di tingkat tiga Bangunan Pusat Rawatan Harian (ACC) yang berada bersebelahan dengan klinik Oftalmologi dan satu aras dengan Pejabat Pengarah HRPZII. Kami Merupakan klinik rujukan pesakit-pesakit ORL dari seluruh Negeri Kelantan

OBJEKTIF

a)     Berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan pesakit yang mempunyai masalah telinga, hidung dan tekak.

b)    Sebagai pusat rujukan dari hospital-hospital lain, klinik-klinik kesihatan, klinik swasta dan lain-lain klinik pakar Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

c)    Sebagai pusat kajian dan latihan didalam bidang ORL kepada pegawai perubatan, calon-calon sarjana perubatan ORL, pelatih perubatan dan paramedik.

PERKHIDMATAN DAN KEPAKARAN

1.     Jabatan Otorinolaringologi memberi perkhidmatan pesakit luar yang diadakan pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan hari khamis 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

2.     Perkhidmatan lawatan pakar ORL ke hospital daerah seperti Hospital Pasir Mas, Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Hospital Machang, Hospital Tumpat, Hospital Jeli dan Hospital Tanah Merah.

3.     Perkhidmatan Pembedahan ORL (Major dan Minor)

4.     Perkhidmatan Pendengaran (Audiologi)

5.     Perkhidmatan Pertuturan

6.    Perkhidmatan Sub Kepakaran Otologi, Peadiatrik ORL dan Rhinologi.

  

BEBAN TUGAS

1.     Pencapaian rawatan pesakit luar Jabatan ORL sehingga Oktober 2015 ialah sebanyak 17,095 kes berbanding dengan pencapaian tahun 2014 pada bulan yang sama sebanyak 15,317 kes.

  Kehadiran Kes Jab ENT 2015

2.     Pembedahan elektif dilakukan pada hari rabu dan khamis di dewan bedah Fairuz. Manakala untuk kes - kes pembedahan kecil dilakukan pada hari isnin dan selasa di dewan bedah ACC. Pembedahan kecemasan dilakukan di dewan bedah Intan atau dewan bedah Fairuz.

 

JADUAL KLINIK

JADUAL KLINIK OTORINOLARINGOLOGI (ORL)

HARI

KLINIK

Ahad

Klinik Pakar Otorinolaringologi (ORL)

Klinik Audiologi

Klinik Pertuturan

Klinik Pra Pembedahan

Isnin

Klinik Pakar Otorinolaringologi (ORL)

Klinik Audiologi

Klinik Pertuturan

Klinik Pra Pembedahan

Pembedahan

Selasa

Klinik Pakar Otorinolaringologi (ORL)

Klinik Audiologi

Klinik Pertuturan

Klinik Pra Pembedahan

Pembedahan

Rabu

Klinik Pakar Otorinolaringologi (ORL)

Klinik Audiologi

Klinik Pertuturan

Klinik Pra Pembedahan

Pembedahan

Khamis

Klinik Otorinolaringologi (ORL)

Klinik Audiologi

Klinik Pertuturan

Pembedahan

  

 

AKTIVITI JABATAN

a)     Program pacakan koklea peringkat zon timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.

b)    Program saringan pendengaran universal untuk mengenal pasti bayi yang mempunyai masalah pendengaran dan telah berjaya mengenal pasti 4 orang bayi.

c)    Program LINUS (Speech dan Audio) – Pegawai pertuturan dan pegawai Pendengaran terlibat dengan outreach pemulihan khas peringkat negeri Kelantan.

  

HUBUNGI KAMI

TEL: 09-7454216 / 09-7454217

FAX: 09-7452692

 

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar