A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 314314314
MINGGU INI 751751751
BULAN INI 1046410464104641046410464
JUMLAH 967364967364967364967364967364967364
 
Home / CRC Kelantan

PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL KELANTAN 

                 Dr Wan Hasnul Halimi

DR. HASNUL HALIMI WAN HASSAN
     KETUA CRC KELANTAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan salah satu pusat di bawah naungan Institusi Kesihatan Kebangsaan (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia.  Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Center) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah diwujudkan semenjak tahun 2002 lagi, ianya dimulakan sebagai salah satu aktiviti kualiti di peringkat hospital.

Pada tahun 2007, CRC HRPZII telah ditukar nama kepada CRC Kelantan untuk meluaskan skopnya.  Sehingga kini terdapat 27 rangkaian CRC di seluruh Malaysia dimana CRC Kuala Lumpur bertindak sebagai ibu pejabat.

VISI

Menjadi organisasi penyelidikan klinikal terunggul di Malaysia.

MISI

Untuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti

FUNGSI

a)    Membina keupayaan bagi menggalakkan penyelidikan dengan menjalankan latihan-latihan, mengadakan program bimbingan untuk pegawai yang berminat dan menyediakan khidmat rundingan dalam bidang penyelidikan.

b)    Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal dan lain-lain penyelidikan yang diterajui atau dikoordinasi oleh Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan.

c)    Membantu pendaftaran projek baru di ‘National Medical Research Registration’ dan permohonan geran penyelidikan.

d)    Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menyokong dan melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

·         Khidmat nasihat mengenai kajian/penyelidikan dan Pendaftaran National Medical Research Register (NMRR)

 

CRC Kelantan menawarkan khidmat nasihat pendaftaran kajian/clinical  melalui NMRR .

  • Industry Sponsored Research (ISR)/Investigator Initiated Research (IIR)

 

CRC Kelantan  mempunyai Study Coordinator bagi membantu clinician untuk menjalankan clinical trial. Antara peralatan yang disediakan di CRC adalah freezer(-35c), centrifuge, BP Set dan lain-lain.

  • Registri Pesakit 
  • Consultation Clinic

 

CRC Kelantan menyediakan khidmat rundingan dari segi metodologi kajian, proposal dan analisa statistik. Consultation Clinic ini diadakan pada setiap hari Rabu jam 2.30 petang melalui temujanji .

 

CABARAN 

Fungsi CRC yang masih belum difahami oleh semua orang.

·         Menggalakkan penyelidik untuk menggunakan khidmat serta kemudahan yang disertakan oleh CRC.

·         Mengalakkan penyelidik untuk melibatkan diri dengan clinical trial

·         Meningkatkan kesedaran pesakit tentang clinical trial

·         Menjadikan CRC Kelantan sebagai pusat bagi menjalankan clinical trial.

Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar