A++| A| a--
 

Perutusan Pengarah


DATO' DR. HJH. SELASAWATI BT. HJ. GHAZALI
(Pengarah Hospital)
Perutusan Pengarah
 
 

Directory

 
 

Interaktif

 
 

Audio / Video

 
 

Carian

 
 

Kaunter Pelawat

HARI INI 276276276
MINGGU INI 713713713
BULAN INI 1042610426104261042610426
JUMLAH 967326967326967326967326967326967326
 
Home / Perpustakaan

UNIT PERPUSTAKAAN
 

  ( AIDAYASMALIZAY BT. ISMAIL )

     KETUA UNIT PERPUSTAKAAN

Layari Blog Perpustakaan : http://hrpz2library.blogspot.com/  

PENGENALAN

Perpustakaan Perubatan telah mula bertapak di Hospital Kota Bharu (pada masa itu) di satu ruang yang kecil bersebelahan dengan wad. Pada Oktober 2001, bermulalah satu sejarah baru perpustakaan ini di mana ia telah berpindah ke Balai Pelawat dengan keluasan 80 X 40 kaki persegi.  Terdapat enam ruang utama di perpustakaan ini iaitu kaunter, ruang monograf, ruang bacaan, ruang teknologi maklumat, ruang jurnal dan bilik Pustakawan. Terdapat juga bilik rehat kakitangan dan tiga bilik stor. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat sumber rujukan maklumat berguna khususnya dalam bidang perubatan. Kemudahan berteknologi terkini membolehkan maklumat diakses dengan lebih pantas dan mudah untuk mencapai visi perpustakaan  

Seramai 3 orang kakitangan perpustakaan iaitu:

i) Pn Aidayasmalizay bt. Ismail  – Ketua Unit - Pustakawan (S44)
ii) Pn Masrina bt.Yusuf - Penolong Pustakawan (S32 (SBBP))
iii) Pn Sumarni bt. Shahimi - Pembantu Pustakawan (S17)  

MISI  

Membina Insan Berilmu Maju Yang Cintakan Ilmu Pengetahuan Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat Dipupuk Melalui Pembacaan Demi Memupuk Kecemerlangan Minda Rakyat Malaysia Dalam Memperkayakan Ilmu Perubatan. 

VISI 

Perpustakaan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II Sebagai Perpustakaan Berprestij Tinggi Dan Bertaraf Dunia Seiring Dengan Kecemerlangannya Dalam Membekalkan Maklumat Dalam Era ‘Knowledge-Based’ Terutamanya Ilmu Perubatan. 

PIAGAM PELANGGAN

Kami Akan Berusaha Bersungguh-Sungguh Untuk Menjadikan Perpustakaan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II Sebagai Sebuah Pusat Maklumat Perubatan Yang Cemerlang, Gemilang, Terkini Dan Canggih. Hasil Tenaga Kami Akan Disalurkan Dalam Bentuk Perkhidmatan Yang Efisyen, Terkini Dan Berkualiti Sesuai Dengan Kehendak Pelanggan Kami.

OBJEKTIF

  • Menjadikan Perpustakaan Perubatan Sebagai Pusat Sumber Maklumat Perubatan.
  • Mewujudkan ‘Knowledge Hub’ Di Kalangan Kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II.
  • Membina Kepakaran Di Dalam Bidang Perubatan Melalui Pembacaan Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

  1.  Perkhidmatan Sirkulasi (Peminjaman, Pemulangan)
  2. Keahlian
  3. Perkhidmatan Rujukan/Perujukan
  4. Sistem  Pembekalan Penerbitan SPP
  5. Perkhidmatan Internet
  6. Menyediakan Koleksi Keratan Akhbar
  7. Perkhidmatan Fotostat
  8. Perkhidmatan Mencetak

WAKTU PERKHIDMATAN

8.00 Pagi – 5.00 Petang (Ahad – Rabu)
8.30 Pagi – 3.30 Petang (Khamis)    Di tutup pada Hari Jumaat/Sabtu/Kelepasan Am 

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI :

KETUA UNIT     : 09-7452071
KAUNTER         : 09-7452072
FAKS               : 09-7480528
Recommend this page to a friend! Prepare to print
 

Warna Tema Pilihan


(3 themes)
 
 

Quick Links

 
 

Web Mobile QR


 
 

Galeri Gambar